Archive for April, 2007

Salahkah aku terlalu sensitive???

Saturday, April 14th, 2007

Well..hari nie aku nak “gali” salah satu benda berkaitan perempuan yang aku tulis dlm post sblum nie..walaupon x de sapa bace blog aku nih tapi aku tetap suke menulis buat mase nie sebab nak melupakan duka lara aku dalam minggu nih…maybe leh berlanjutan…tgk lah keadaan nanti surut ke x duka di hati nie..
ape aku merapek nie..ok back to the point.. Point yg akak nak gali kali ni yg kat bawah nih…


Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya

.

Aku menyibok nak gali point nie bukan apa..bila di kenang2 point nih memanglah tersangat mirip dengan diriku yg kerdil nih…buktinya nya ayat terakhir lepas dan tu adalah penyebab utama duka lara aku dalam 2 minggu nih…aku malas nak citer pasal org baik aku amik contoh diri aku je la..

aku memang dikategorikan sebagai seorang yang amat sensitif..memang fragile giler..aku pon x sure start sejak bile tp yg paling aku remember start aku form 2 kot…aku nih memang x leh tgk org menangis or suasana sedih..mula la aku nak menangis same..paling koman pon menitik gak la air mate aku…sebenarnya aku benci menangis nih..tp aku x tau nak kawal camne…lagi aku tahan lagi bedudup air mate aku jatuh..pastu lambat berenti plak tu…org dah lame abis aku dok teriak lagi…tu yang parah tu…

aku nie suke banyak berfikir..pastu meleret leret ke tah hape2 tah…yang ni memang aku mengaku…kalau aku x happy ha siap laa… mula la aku pikir or rase yg bukan2..walaupon bende tu org anggap remeh temeh..tapi aku yg rase nih pedih menusuk kalbu…

aku lagi satu..cepat panas dan juga cepat lembut hati…cepat marah…tapi kalau marah kejap jek…tapi tu laa..ade org x faham..memang kita x leh expect semua org boleh faham kita tapi kalau dah bertahun2 x faham2 aku pon angin jugak…oleh kerana hati aku yg lembut nih aku cepat maafkan org..aku x suka org susah ati sebab aku…tapi unfortunately x semua org macam aku…ade yg jenis simpan dalam…baek punya simpan pastu meletup!! BOOOM… kalau dah meletup tu payahla nak repair…

berkaitan dengan tindakan berdasarkan hati melebihi fikiran..memang ada benarnya…perempuan bila hatinya gelisah, gundah gulana tindakannya pasti mengikut kata hati yg kadangkala x balance dengan akal fikirannya…tu yang jadi bergaduh tu…lagi teruk bila pihak yg satu lagi terus jump to conclusion…padehal pihak yg satu nie tujuan atau maksudnya lain…dah tercedera kedua2 pihak…bom meletup ditangan sendiri…camno nak nolong…

so…kesimpulannya..perempuan memang sensitive dan berhati lembut..yg membezakan mereka cuma levelnya jek…kalau bagi 1-10 level..aku letak diri aku kat level 9…nak letak 10 ade gak time2nye aku x sensitive langsung…jad kaum lelaki fahamilah kami….kalau ada boleh fahami kami walaupon berdikit dikit pastinya kesudahan hidup ini lebih baik…

“Believe and Trust can be different”

WANITA SUKAR DIMENGERTI??

Friday, April 13th, 2007

Perempuan sukar dimengerti??? aku hangin betul kalau org ckp perempuan ni susah nak faham.. Maybe ade betul dan ade juga salahnya..tapi sebenarnya perasaan perempuan lebih mudah ditafsirkan sekiranya anda benar2 ingin memahami…just double up your effort guys!!! Memang la perempuan ni suka memendam rase..tapi anda tahu ke sebabnya?? atau anda tak pernah cube nak amik tahu pon… Anyway..untuk yang nak cuba memahami perasaan seorang perempuan ataupun wanita below ade serba sedikit tentang perempuan yang aku leh jamin 100% betul untuk majoriti perempuan dlm dunia nih..yg minoriti tu korang buat research sendiri la key…

SEORANG PEREMPUAN / WANITA :

1. Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membabitkan perasaan

2. Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.

3. Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

4. Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

5. Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.

6. Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.

7. Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan sebab inilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.

8. Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.

p/s: aku bukannya apa yang banyak bergaduh sebab saling x memahami perasaan satu same lain..pastu belum “gali” sebab musabah terus conclude…last2 ape lagi “…dan air mata pun berguguran…..”

LAGU MEMUJUK…

Friday, April 13th, 2007

hmm.. lagu memujuk yang diubah suai…edited dr lagu saduran fullhouse nyanyian izwan pilus..tapi org tgh merajuk leh jalan ker ngan lagu nie.. depends ngan org yang dipujuk ler kan…Sebenarnya susah memujuk nie..anyway ths song for sesape yg tgh merajuk tu just check it out..mane tau kot terharu ker..peace muahhh…(tiru trademark noni af5)

KEMBALI SENYUM

Pantas kau diam membisu
Ada garis luka dihatimu
Salahkah sekadar aku menduga
Inginkan jawapan
Kuatkah ikatan cinta
Adakah dirimu bahagia
Tak ku duga hatimu terguris
Luka perasaanmu sayang

Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu

Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Hilangkanlah resah dihati dirimu sayang
Kembali senyum

Dan maafkanku…